Friday, May 27, 2011

cerpen pendek...

ASSALAMUALIKUM...
SAYA NK SHARE SERBA SEDIKIT TENTANG SUATU KISAH...


AKU DAN DIA
Kisah bermula apabila seorang teman sekuliahku ingin memperkenalkan saudara lelakinya (Dia) kepadaku. Memandangkan diriku yang solo setelah putus cinta dengan kekasih lama. Aku telah memberikan no telefonku dengan andaian ingin berkawan. Tidak aku duga, pada malam harinya, dia menelefonku. Kami berbual, ber’sms’ dan saling bertukar gambar. Perkenalan tersebut ku sambut sebagai teman biasa sahaja. Namun, si dia yang pertama kali melihat gambarku mula meminatiku dan menjalankan misinya menawan hatiku. Sepanjang berkawan dengannya, dia menyenangkan hatiku serta mengambil berat terhadapku.
Akhirnya, setelah sebulan mengenali, kami menjadi pasangan kekasih. Bunga-bunga cinta kami seperti pasangan kekasih lain punya pasang surutnya dalam hubungan. Namun, kami tetap bersama sehinggalah pada hari raya Aidiladha 2009 dan hari raya Cina 2010, si dia menemui keluargaku di Johor. Aku sungguh bersyukur kerana keluargaku menerima hubungan kami.
Kemudian, pada pertengahan 2010, aku menjalani praktikal berdekatan tempat si dia selama tiga bulan. Namun, hari tidak selalunya cerah apabila ibu tercintaku meningglkan kami sekeluarga buat selama-lamanya. Emosiku terganggu waktu itu, lantas dialah yang memberiku semangat sehingga sanggup menghantarku dari Kedah ke Johor dengan keretanya semata-mata untuk menemaniku sehingga selamat sampai. Sejak itu, aku tahu di benar-benar menyayangiku dan selama hampir 3 tahun percintaan kami, kami tetap bersama.
Karektornya yang bersahaja, tenang dan bertanggungjawab dan pastinya pandai menghiburkan hatiku walaupun kadangkala emosiku yang sukar dijangka, dia tetap melayanku. Si dia menerima seadanya diriku. Dia bukanlah seorang yang romantik, tetapi seorang yang peka terhadap diriku. Pastinya, setiap pasangan yang bercinta ingin diakhiri dengan ikatan perkahwinan. Begitu juga kami. InsyaAllah, aku dan dia akan bertunang pada bulan November 2011. Doakanlah kebahagiaan kami berdua.



CERPEN INI TELAH DIHANTAR UNTUK PERTANDINGAN RAIKAN CINTA BULAN FEBRUARI LALU
DIANJURKAN OLEH KELAB KAKI NOVEL

DAN DIMENANGI
TUAN PUNYE BLOG INI



HARAP TERHIBUR...(^_^)
IkhLas..iZaH_95

Friday, May 6, 2011

minggu peperiksaan akhir untuk kali terakhir bergelar mahasiswi

Assalam..

pada tanggal 9 Mei 2011 maka genap la diri ku menjadi saudari berumur...
pada masa yg sama juga akan menghadapi peperiksaan akhirnya huhu

9 Mei - sosiolinguistik

12 Mei - pengurusan konflik sosial

16 Mei - pengujian dan penilaian Bahasa Melayu

19 Mei - etika perniagaan (elektif Bebas)

diharpkan anda yang membaca mendoakan yang terbaik untuk diri ini..semoga berjln lncar hendaknya dan dapat konvo bln 10 ni serta dapat posting Amin..


^__________^

sekian..,

IkhLas..iZaH_95