Thursday, March 31, 2011

TrasFormasi

Assalam...

Transformasi..pe makna transformasi??
mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, transformasi ialah perubahan bentuk(sifat, rupa,keadaan dLl)


so,
pe kaitannya dengan aku..?

hehe

kaitannya??

banyakkkkkkk

terutama sekali penampilan aku

Dulu pakai tudung biase je (bawal)
sekarang shawl a.k.a selendang..aku x thupun shawl tu selendang hehe
butanye B.inggeris aku ni..sob sob




Dulu pakai bju Tshirt je klu g jejln@ dating hehe
sekarang pkai kemeja@ baju vintaj @ blouse


see what i write?..huhu

Dulu pakai sandle biase jew
sekarang pndai dh melaram kasut wedges(kasut tebal tu yg leh baling org hehe) tp high heels xpndai la terpeleot je pkai..

Dulu x pndai mekup2..
sekarang pandai la sket ala pkai eyeliner,lipstick n bedak jew kalau rajin pakai eyeshadow..tu pun klu ade event2 g dating ker hehe


tgok ler muka aku yg suci bersih tnpa mekup..

Dulu pkai spek mata jew(org kata skema/speky)
sekarang....nmpk dah dengan bantuan CONTEKLENS HEHE



Tu jela transformasi yg ak nampak dalam penampilan aku tp org lain tgok ak ade trnsformasi lain xtahu le pulek..hehe


wslm
IkhLas..iZaH_95

Friday, March 25, 2011

7 Golongan yang dilindungi...

Assalamualaikum..=)

Jumaat yg indah...

Terdapat hadis Rasulullah SAW.sesungguhnya beliau bersabda, 'Ada tujuh (golongan) yg akn dilindungi Allah dengan perlindungan-Nya.
Tujuh orang itu adalah:imam atau pemimpin yang adil,
pemuda yg dibesarkan dlm ibadah kpd Allah,
org yg hatinya selalu teringt akn masjid ketika ia keluar drnya sehingga ia kembli ke masjid,
dua org yg saling mencintai krna Allah; bersatu dan berpisah krnaNya,
org yg mengingati Allah ketika sendirian hingga bercucuran airmataa,
seorang lelaki yg diajak berbuat maksiat oleh seorang perempuan mulia dan cantik,namun ia menolaknya dan berkata, "Sesungguhnya aku takut kpd Allah" dan
org yg bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yg diberikan oleh tangan kanannya'



Renungan tuk Hari Jumaat penghulu segala hari.


IkhLas..iZaH_95

Sunday, March 13, 2011

pengalaman di buli..



ASSALAM...SEMUA


Anda pernah di buli?

tajuk diatas dapat ilham semalam bila nak tido
xtau napa tetibe teringat zaman tadika aku pernah dibuli..
huhu tragis x..

x ker? ok FINE
aku pun tak tahu nape ade yang buli aku,ejek aku masa kecik
padahal aku xdela kacau orang lain..
nape ntah..


mybe aku comel sgt kot hehe
x percaya ker?..
hehe muka aku dlu macam ank cina
dah la tu buat rambut pendek pas tu rata je kt depan hehe

dlu masa aku sek tadika aku kawan ngn budak ni
kulit dia itam manis.dia pndai la jugak.pndai sebut ABC je pun hehe
sek tadika katakan..

ntah cmne..tetibe dia xnak kwn ngan aku..dia ejek ak tp aku x ingatla dia ejek aku pe
mybe dia xsk aku kwn ngn orang lain kot.sb ak ade juga kwn ngn bdk lain.
sejak tu dia x suka ak duduk dkt2 ngn dia.aku pun ape ag lawan ejek jgk la mane boleh senyap je..tp xlama aku ejek pun sb aku bkn jenis macam tu hehe see baik kan ati i
pas tu mls nk lyn dia terus aku jauhkan diri dari dia..akupun sedih napa ntah dia wat cm 2 kt aku.
well ingat bdk tadika xde perasaan ke..huhu sedih taw i
dhla i comel dia wat mcm 2 plk..mesti ade mami2 jarum yg hasut dia kot..sb i comel sgt hehe..ntahla bdk umor 6thn..masa tu manala nk pkir kan..so senyap jela
sb tu kot aku jd pendiam..
trauma agaknye..so smpai ke besar ni aku x tegur pun dia.
dia ada jgk la tegur aku
tp aku ni je masing terbayang peristiwa tu huhu
sampai sekarang ag taw.aku x add pun facebook dia
n dia pun xde plk add aku.skrg dia dh tunang dh pun.thn dpn dia kwin
aku mengikuti jgk perkembngan dia.tp dr jauh je.xthula np..agpun lps je sek tadika tu ktowang sekolah lain2..sampai sek menegah sampai la dia msuk uitm..(dia pndai aku x berapa..)
mmg dlu masa sekolah aku jenis pendiam..xthu nape..smpai ckgu2 dr sek rendah smpai sek menegah rndah je kot jd pendiam
bila menengah atas bru la ilang sket sifat pendiam tu kot..sb xde plk dgr komplen dr ckgu..yela setiap nk anta repot kls mesti gtaw arwah mak @ bpk aku,aku ni jenis pendiam huhu
fed up agknye aku..trus dh berubah..tp xdela jd mcm mulut murai nk ckp je..
cme xdela sependiam sgt dr sblm ni.
tp aku mmg pendiam klu ak x knl org tu.cme tgok situasi jgk la kan.


ini sekadar gambar hiasan saja dr google

sb gmbr aku ada dlm simpanan hehe malu nk tunjuk..

nt kamu pun jeles.huahuahua~~

IkhLas..iZaH_95

Saturday, March 12, 2011

kanser payu dara


assalammmmm


Apa Itu Kanser Payudara?

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Pengelasan Kanser Payudara

Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

Peringkat Kanser Payudara

Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

Kaedah Rawatan

Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lain rawatan alternatif). Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.
Info Penting Mengenai Kanser - Bhg. 1
Setiap orang dari kita mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing- masing. Sel kanser ini tidak dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ianya membiak ke jumlah beberapa ribu juta. Sel kanser hanya akan dikesan apabila ia telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan.

Disenaraikan maklumat penting agar kita dapat mengambil langkah bagi mencegah penyakit kanser:


Seseorang akan mendapat sel kanser sebanyak 6 hingga 10 kali di dalam hayatnya.
Sistem imun yang sihat akan memusnah dan menghalang sel kanser dari membiak dan membentuk tumor.
Kanser mungkin disebabkan oleh kekurangan zat makanan, alam sekitar, gaya hidup, makanan dan genetik.
Perubahan diet dan pengambilan makanan tambahan yang sesuai boleh
mengekalkan kesihatan sistem imun.
Rawatan kemoterapi memusnahkan sel kanser, tetapi dalam masa yang
sama ia turut memusnahkan sel tubuh yang sihat. Begitu juga dengan
rawatan radiasi.
Untuk membiak, sel kanser memerlukan makanan yang diperolehi
melalui:
Pengambilan gula; dengan mengurangkan pengambilan gula, ianya dapat memutuskan bekalan makanan kepada sel kanser. Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli.
Garam halus; bahan kimia digunakan untuk membuat ia kelihatan
putih, baik untuk sel kanser. Bertukar kepada garam laut atau garam
bukit.
Susu membuat tubuh menghasilkan mukus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.
Sel kanser subur dalam persekitaran berasid. Makanan berasaskan
daging adalah berasid. Lebih baik untuk memakan ikan atau sedikit
ayam. Daging juga mengandungi antibiotik, hormon pembiakan dan
parasit yang membahayakan terutamanya kepada pesakit kanser.
Sejak bertahun dipercayai bahawa keturunan (genetik) merupakan faktor utama yang menyumbang kepada risiko seseorang akan mengidap kanser. Kajian terbaru mendapati bahawa kira-kira 90% dari pengidap kanser tidak mempunyai sejarah kanser dalam keluarga mereka. Kajian tersebut juga mendapati bahawa penyumbang terbesar kepada risiko kanser adalah faktor persekitaran seperti merokok, permakanan, infeksi, arak, dadah, bahan kimia, tekanan dan radiasi.

Berikut disenaraikan maklumat tambahan yang anda perlu tahu mengenai
kemoterapi dan radiasi:


Rawatan awal kemoterapi dan radiasi biasanya dapat mengecilkan saiz tumor. Namun begitu penggunaan kemoterapi dan radiasi yang berpanjangan tidak menjamin lebih kemusnahan tumor.
Kemoterapi dan radiasi meninggalkan banyak toksid yang boleh menjejaskan atau memusnahkan sistem imun, jesteru pesakit akan terdedah kepada pelbagai jangkitan dan masalah kesihatan.
Kemoterapi dan radiasi juga boleh menyebabkan sel kanser membina
sistem pertahanan sendiri yang membuat ia lebih susah dimusnahkan.
Kita teruskan dengan langkah yang boleh diambil untuk mencegah dan mengatasi masalah kanser:

Sistem imun yang sihat merupakan pelindung utama dari penyakit kanser. Sistem imun mempunyai sel dinamakan "Sel NK (pembunuh semulajadi)", yang bertanggungjawab untuk memerangi sel kanser. Setiap saat dalam hidup kita, sel NK bekerja keras untuk membunuh sel kanser. Apabila sel NK gagal melaksana tugasnya, kita mendapat penyakit kanser. Kesihatan sel NK terjejas oleh faktor persekitaran yang dinyatakan di atas.

Perubahan diet boleh membantu anda memelihara kesihatan sistem imun dan
seterusnya mencegah kanser. Diet yang terdiri dari 80% sayuran, buah-buahan dan jus segar, bijirin dan kacang dapat membantu tubuh berada dalam persekitaran alkali, atau persekitaran yang tidak baik untuk pertumbuhan sel kanser. Untuk memperolehi enzim bagi membina sel yang sihat, anda boleh meminum jus sayuran segar 2 atau 3 kali sehari. Enzim dari sayuran segar akan rosak pada suhu 104 darjah F (40 darjah S). Buah atau jus hendaklah diambil sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mengambil makanan ruji.

Beberapa makanan tambahan (Transfer Factor, IP6, Plant Polysaccharide, Echinacea, cendawan Shiitake, Cordyceps dll. ) telah dibuktikan (melalui ujian makmal) dapat memulihkan kesihatan sel NK. Untuk lebih berkesan ia perlu diambil bersama antioksidan dan coenzyme Q10.

Ingin bersama kami memerangi kanser? Jika ya, mula makan sihat dan
hidup sihat sekarang!!!

IkhLas..iZaH_95

heartbeat lagi..

yaaaaaaaaaaaa
assalammmmmmmmm

kamu semua marilah bersama2 memeriahkan heartbeat
sonang je clik je kt heartbeat tu k
kamu akan dapt wang
clik la n sebar2 kan ngn kwn blogger yang lainnnnnnnnnnnn
sekiannnnnnnnnn

clik je k


^____^
IkhLas..iZaH_95

Thursday, March 10, 2011

IkhLas..iZaH_95